Sweet Sweety
+Follow | Dashboard

Thursday, April 19, 2012 | Thursday, April 19, 2012 | 0comments
     Assalamualaikum. .hye2 sume. .topic momo skrg ni pasal CINTA ITU INDAH. .ok sebelum tu. . 
ap itu cinta. .?cinta adalah perasaan yang lahir pada setiap hati manusia. .cinta itu banyak .. seperti cinta kepada ALLAH. .cinta kepada RASUL.  .cinta kepada MALAIKAT.  .cinta kepada KITAB . .cinta kepada MANUSIA. .cinat kepada HAIWAN dan banyak lagi. .

 cinta bollywood. .?

     Melihat lepada versi cinta ala Hollywood , Bollywood dan sewaktu dengannya , yang telah begitu mendominasi kehidupan masa kini. .kita rasa terpanggil untuk membetulkan semula prinsip , pendekatan dan citra cinta masa kini. .Kita perlu penerangan lebih jelas dan tuntas kerana pendekatan menerusi nasyid atau drama cinta versi islam , masih tidak upaya menghalang pengaruh itu. .

     Cinta makhluk masih menjadi matlamat yang disanjung dan dpuja mengatasi cinta ALLAH. .Cinta manusia tetap menjadi teras manakala cinta ALLAH hanya menjadi sebutan di hujung kata dan cerita. .Cinta ALLAH hanya di jadi kan semacam  "tempelan" - sekadar untuk mewajarkan cinta kekasih yang menjadi fokus. .

cinta umpama hadiah. ?

     CINTA UMPAMA HADIAH ATAU ANUGERAH DARIPADA ALLAH . Kita tentu gembira dan suke apabila menerima hadiah . Namun , wajarkah hadiah lebih di cintai daripada pemberi hadiah. ? Tentulah pemberi hadiah yang lebih kita cintai. Malang nya , ap yang berlaku lebih drpada itu . Pujaan , sanjungan dan sikap mengagung-agungkan cinta (hadiah)  sampai ke tahap boleh "mempertuhankan" cinta.

cinta bukan tuhan!

     CINTA BUKAN TUHAN . Cinta hanya alat ntok manusia berbakti kepada tuhan. Dengan cinta , misi manusia sbg hamba ALLAH dan khalifah di muka bumi perlu dpikul bersama-sama . Hal ini kerana amanah sbg khalifah itu amat berat - maka perlu dilakukan bersama. .

manusia di ikat tali kekeluargaan. .

     Bagi mewujudkan kebersamaan yang kuat , manusia diikat oleh tali kekeluargaan , yang akhirnya membentuk ikatan kemasyarakatan dan persaudaraan .Dan dalam sesebuah keluarga  yang merupakan nukleus ataupun teras ikatan sesama manusia itu perlu ada cinta !

cinta manusia bukan segalanya. !   

     Namun cinta  sesama manusia bukan lah  segala-galanya . Malang nya , dalam realiti kehidupan ini , cinta yang yg sbegitu selalunya dinobatkan secara ''gila-gila'' . Padahal cinta yang dipuja-puja itu akhirnya sirna setelah diuji dlm alam rumah tangga. Sementara belum dapat , dpuji dan dpuja , stelah dapat , segala kemanisannya hilang. .apa yang tidak kena denga cinta ini . ?

cinta pada ALLAH

     Terpanggil untuk mmberi pencerahan , maka lahir lah  cinta. .Daripada cinta yang kecil dan murah kepada cinta yang besar dan mahal . Itulah cinta  ALLAH  

     Imam al-Ghazali mnegaskan bahawa hanya ALLAH yang berhak mnerima cinta kerana hanya Dia yang mmpunyai sgala sebab untuk dicintai . Terdapat byk sbab timbulnya cinta , namun seberapa byk pun jenis cinta smuanya sewajarnya ''pulang'' kpd pencipta cinta iaitu ALLAH . Dan mnurutnya lg , jika mnusia tidak mencintai ALLAH itu adlh kerana  kurangnya pengenalan manusia terhadap ALLAH - tak kenal maka tak cinta.

cinta berlandaskan syariat

     Cinta yang kecil ialah cinta makhluk  . Tetapi cinta itu akn bernilai dan besar hanya apabila didasarkan  kepada cinta ALLAH . Cinta itulah yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati. Cinta bukan dari mata turun ke hati , sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain2 anggota . Itulah cinta yang benar , suci lagi murni. Itulah cinta  yang dkhususkan buat manusia beriman sesuai dgn martabatnya sbg hamba ALLAH dan khalifah.

     Dan cinta itu selamanya indah kerana ia dcipta oleh ALLAH  - Tuhan yang indah dan suka kepada keindahan !

     Okayh sampai sini dlu perkongsian momo. . harap dapat memberi manfaat kpd korang yang membacanye.    yang baik nya datang dari ALLAH SWT. .dan yang buruk dtg nye dr diri momo. .bye2 ASSALAMUALAIKUM =)
« Old Story | Future »

|



Design By Nurul Aini | Resolution: 1024x768px | Best View: Google Chrome